Thursday, July 8, 2010

Cerita blues zaman dulu

Mesti korang teringat gi skolah masa sekolah rendah dulu bawak 30 sen jer. Bawal bekal air, nasik kicap dan ikan goreng. Nasik lemak kat kantin sekolah 20 sen, air spuloh sen. Cukup. Kalau cikgu suruh bawak gam, kita suruh mak kita masak tepung kanji. Ingat tak dulu kita buat buah durian dengan kertas minyak, kita balut pada belon.. batang betik, pelepah pisang, ubi kentang kita ukir jadikan corak masa kelas lukisan. Korang tak ingat eh?

Kita pegi kedai beli chikedis, Mamee, Ding Dang mat sentul, Kum Kum, Bubbleyum, sugus… ice cream batang 10 sen yang ada asam masin dalam tu. Ingat tak kita makan jambu batu dengan asam masin. Gang-gang lelaki dulu kita kumpul gambar pemain bola masa musim piala dunia dulu. Ingat tak Maradona, Zico, Kevin Keegan, Michel Platini, Karl-Heinz Rummenigge. Ingat tak Road to Wembley atau Big League Soccer? Aduhai.. ingat tak kita buat 11 ‘pemain’ bola dengan lipatan manila card dan kotak kasut, kita buat tiang gol pakai kertas, kita tulis no dan nama pemain bola kesukaan kita atas card ‘pemain’ kita. Kita jadikan buah ceri atau kapur sekolah sebagai bola.

Cuba flashback semula rancangan TV yang menjadi kegemaran kita pada masa tu.. Captan Future, Marco, Ultraman, Sinbad, Popeye the Sailorman. Adeh aku tengok cerita Marco tu pun sampai menitik air mata. Wahaha..

Hari Jumaat, malam selepas berita TV kita akan layan Tayangan Minggu Ini, filem Melayu. Abis filem Melayu tu kita tengok cerita Pattenplace ke apa nama dan ejaannya aku lupa. Ingat tak cerita Little House on the Prairie, atau Donny and Marry, atau cerita polis Chips? Atau cerita Dallas? Hart to hart? The Incredible Hulk, The Six Million Dollar man, The Greatest American Hero, Charlie Angels.. mungkin bebudak hari ni ingat Charlie Angels tu cerita baru.. huhuhu. Masa tu ada Drama minggu ini, puspawarna, PJ1 – ceh cerita ala Dallas ni, Opah.. apa lagi eh daya ingatan aku pun dah semakin lemah di makan usia.

Tengok TV1 dan TV2 jer, mana ada ASTRO pun. TV3 start 1984. Siap letak kuali kat antenna nak cari TV3. TV kaler hitam putih. Remote control pun masih takde lagi. Pagi-pagi takde siaran TV, kita tengok TV pendidikan. Pukul 3 petang baru ada siaran TV.. kuno betul kan.




Waktu petang apa yang kita main, main bola satu gol, rounders, konda kondi, galah panjang, polis sentri, congkak, baling selipar pada tin susu yang kita susun bertingkat dan main tudung oren. Batu seremban aku tak main, geli. Kita buat layang-layang, kita bikin lastik kita lastik burung. Orang tua marah kita, dia kata dia nak lastik burung kita. Kita masuk hutan, kita mandi sungai, cari ikan skila (ikan pelaga), kita laga ayam.. ahaha. Ingat tak kita main getah gelang yang diikat panjang apa kenama permainan tu Zero Point ka apa, start dari bawah, angkat getah ke lutut, pinggang, ketiak, bahu sampailah ke kepala, kita main lelaki lawan perempuan. Syoknya kita tengok bila budak-budak perempuan lompat getah panjang tu. Kadang-kadang kita main PS2.. perhhh pigidah mana ada semua tu. Kita buat senapang kayu, letak getah gelang di muncung senapang dan tarik sampai ke picu. Buah ceri dan buah terung pipit.. kena tembak auww.. akit nye.

Ingat tak lagi, kita main tepuk daun terup kecik, kalau gambar daun terup tu terlungkup ke bawah kita dikira kalah, daun itu jadi hak kawan kita. Kita lawan guli, kita lawan getah gelang yang diletakkan atas dua batang kayu macam tiang gol kecik tu, kalau getah tu jatuh ke tanah, getak gelang tu jadi hak milik kita, kalau getah tersebut tersentuh tiang gol tidak di kira, kita kata ‘karan’.. kecik-kecik kita pun dah berjudi.. huhuhu.

Dulu kalau nampak pelangi jangan tunjuk nanti kudung tangan, sampai hari ni aku tak tahu apa motif pesanan orang-orang tua masa tu. Jangan main waktu senja nanti kena mata hantu, jangan duduk atas bantal nanti naik bisul, jangan baring dan angkat kaki nanti mak mati.

Ingat tak zaman kita bersunat dulu, bersunat takde bius dik.. belasah jer.. aduhaii ni semua sebab nak peluk perempuan punya pasal. Kita gantung kain buat khemah untuk budak kecik yang dah botak tu, standby tempurung kelapa untuk ketuk kepala lutut.. wahaha pedihh pedihh. Masa sembahyang di surau kita kena duk kat saf belakang sebab kita ni tak sunat lagi.. sebab masih berkulup.

Apa pantun yang kita belajar dulu?
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas..

Masa kat sekolah rendah tu, setiap hari Isnin kita berhimpun, tangan atas bahu orang depan. Kita nyanyi lagu Negaraku version yang mengantuk tu sambil kawan kita naikkan bendera. Zaman jahil kita tu kita pakai seluar pendek biru dan baju putih. Aweks pakai blous biru, baju putih juga. Biasalah kita skodeng aweks tu kan. Mana ada baju kurung, tudung litup semua tu. Kita suka match kan kawan-kawan kita, Ali nak kat Siti, Abu nak kat Ani. Nak apa tu, bersunat pun belum. Kita ada adik angkat, abang angkat dan kakak angkat.. sampai terangkat-angkat.

Ingat tak dulu kita biasa kena cubit, kena ketuk kepala, tarik telinga, pulas perut, kena penampo, cubit ketiak, henjut telinga. Berdiri atas kerusi, atas meja, kerusi atas kepala kita, kalau kita tak buat kerja rumah. Ingat tak roti panjang, pembaris kuning kesayangan cikgu untuk pukul kita. Apa syllabus kita dulu.. Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Kajian Tempatan, Tatarakyat, Tulisan Jawi. Karektor yang mungkin kita masih ingat kisah Pakcik Kordi dengan basikalnya yang kebiru-biruan.. haha.

Cikgu tanya kalau besar nanti kita nak jadi apa, kita jawab kita nak jadi polis, askar, cikgu, peguam. Aku jawab aku nak jadi doktor haiwan, sebab aku suka operate katak dan tikus. Kawan aku cakap nak jadi posmen.. hehehehehe

Bunyi loceng rehat kita tak rehat tapi kita main galah panjang, rounders bila masuk kelas semula mak aii bau hangit. Tengok kat koler baju mak aii hitam dengan daki.

Itu cerita lama kita, kawan-kawan kita dulu entah kemana. Hari ni ada kawan-kawan kita yang jadi businessman yang berjaya, ada yang jadi kuli. Ada yang berjaya dalam hidup dan ada yang dah balik jumpa Tuhan. Ada kawan kita yang tersesat jalan dan tak jumpa jalan pulang. Sedih kan bila tengok nasib mereka, masa kecik-kecik dulu kita sama-sama bermain tapi bila dah tua ni kita tak mampu nak tunjukkan jalan pulang untuk mereka.

Kawan-kawan sepermainan kita mungkin semuanya sudah berkeluarga dan punyai anak-anak. Kalau kita masih boleh berjumpa dengan mereka, pastinya cerita lampau yang kita bualkan. Kalau lah kita mampu untuk kembali ke zaman tersebut...

http://www.eddyra.net/story/cerita-blues-zaman-dulu/

2 comments:

Unknown said...

suatu ketika dulu..sangat mendalam jika diteliti setiap butir bicara..mengingatkan kita akan siapa diri kite sebenarnya..kenangan indah yg tidak mungkin dapat dinafikan pernah terjadi dalam hidup masing2..i like this one!

Anonymous said...

Come to see us at times to buy more low-down and facts in the matter of By us contemporary to grasp more facts and facts at all events [url=http://www.polandlimoservice.com]wynajem busów warszawa[/url]