Monday, May 24, 2010

Sedikit Pengenalan tentang Qira'at saba'ah

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perkenalan, salam hormat, salam 1Malaysia

Saya mahu share sedikit ilmu yang saya pelajari masa form 1 dulu. :)

Dari segi bahasa, Qira'at(قراءات) berasal dari perkataan qara'a, yaqra'u,qira'ah... iaitu wajah² atau cara² bacaan.

Dari segi istilah:
1. qira'at ialah cara atau wajah bacaan yang dinisbahkan kepada beberapa imam qiraat
2. wajah atau bacaan tertentu yang terdapat pada kalimah tertentu yang berhubung sanadnya terus kepada Rasulullah SAW.

Rukun bacaan qiraat yang sahih
1. Bacaan tersebut mestilah menepati kaedah bahasa arab.
2. Mestilah menepati tulisan dalam salah satu mushaf uthmani.
3. Diterima secara mutawattir(متواتر) daripada Rasulullah.

Kategori qiraat

1. Qira’at Mutawatirah (متواترة) : Diambil atau diterima secara beramai-ramai daripada Rasulullah dan tidak mungkin berlaku pendustaan hingga hari kiamat.

2. Qira’at Masyhurah (مشهورة) : Yang sah sanadnya tetapi tidak sampai ke tahap atau martabat mutawatirah. Qira’at ini masyhur di sisi imam qurra’. Ia bermuafakat dalam istilah dan kaedah bahasa arab; juga terdapat dalam mushaf Rasm Uthmani.

3. Qira’at Ahadiah (أحادية) : Sah sanadnya, tapi tidak terdapat dalam mushaf uthmani atau tidak masyhur dalam kalangan imam qurra’ atau menyalahi istilah dan kaedah bahasa arab. Qira’at ini tidak harus dibaca seperti al-Quran.

4. Qira’at Syazah (شاذه) : Qiraat yang kurang salah satu rukun daripada rukun-rukun qiraat yang sahih seperti tertulis. :)

5. Qira’at maudhu’ (موضوع) : Qira’at yang direka-reka, bukannya datang daripada Rasulullah

6. Qira’at mudarraj (مدرج) : Kurang lebih seperti maudhu, qira’at yang ditambah-tambah.

2 comments:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

panod said...

aku dh lpe abes dh ilmu qiraat ni...
huhu