Thursday, July 8, 2010

Cerita blues zaman dulu

Mesti korang teringat gi skolah masa sekolah rendah dulu bawak 30 sen jer. Bawal bekal air, nasik kicap dan ikan goreng. Nasik lemak kat kantin sekolah 20 sen, air spuloh sen. Cukup. Kalau cikgu suruh bawak gam, kita suruh mak kita masak tepung kanji. Ingat tak dulu kita buat buah durian dengan kertas minyak, kita balut pada belon.. batang betik, pelepah pisang, ubi kentang kita ukir jadikan corak masa kelas lukisan. Korang tak ingat eh?

Kita pegi kedai beli chikedis, Mamee, Ding Dang mat sentul, Kum Kum, Bubbleyum, sugus… ice cream batang 10 sen yang ada asam masin dalam tu. Ingat tak kita makan jambu batu dengan asam masin. Gang-gang lelaki dulu kita kumpul gambar pemain bola masa musim piala dunia dulu. Ingat tak Maradona, Zico, Kevin Keegan, Michel Platini, Karl-Heinz Rummenigge. Ingat tak Road to Wembley atau Big League Soccer? Aduhai.. ingat tak kita buat 11 ‘pemain’ bola dengan lipatan manila card dan kotak kasut, kita buat tiang gol pakai kertas, kita tulis no dan nama pemain bola kesukaan kita atas card ‘pemain’ kita. Kita jadikan buah ceri atau kapur sekolah sebagai bola.

Wednesday, June 30, 2010

My First Photoshop video tutorial



Cara memilih bahagian dikehendaki dengan mudah tanpa menggunakan teknik lasso tool yang merumitkan, juga menunjukkan kegunaan flow/hardness percentage pada saiz brush.

Wallpaper untuk PMIUTM

Seperti terdapat pada posting terbaru PMIUTMedia

Full resolution di akaun twitpic saya: Di sini [Right click pada gambar dan save as...]

Monday, May 24, 2010

Sedikit Pengenalan tentang Qira'at saba'ah

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perkenalan, salam hormat, salam 1Malaysia

Saya mahu share sedikit ilmu yang saya pelajari masa form 1 dulu. :)

Dari segi bahasa, Qira'at(قراءات) berasal dari perkataan qara'a, yaqra'u,qira'ah... iaitu wajah² atau cara² bacaan.

Dari segi istilah:
1. qira'at ialah cara atau wajah bacaan yang dinisbahkan kepada beberapa imam qiraat
2. wajah atau bacaan tertentu yang terdapat pada kalimah tertentu yang berhubung sanadnya terus kepada Rasulullah SAW.

Rukun bacaan qiraat yang sahih
1. Bacaan tersebut mestilah menepati kaedah bahasa arab.
2. Mestilah menepati tulisan dalam salah satu mushaf uthmani.
3. Diterima secara mutawattir(متواتر) daripada Rasulullah.

Kategori qiraat

Monday, August 31, 2009

Wallpaper, 1280x800 Only



Or leh dpt kat sini for better quality... blogger da kecikkan saiz dier...huhuh